Wednesday, 8 February 2017

APABILA AGAMAWAN BERKATA DAN BERTAKHTA


Tajuk ini agak kurang enak untuk dibincangkan, tetapi perlu diperhalusi kerana pernah berlaku salah anggap terhadap kata-kata Ulama.

Sebelum itu, kita perjelaskan makna Ulama secara ringkas terlebih dahulu, makna ulama adalah mereka yang arif, yang mengetahui. Ini bermakna, seseorang yang mempunyai Ilmu yang mendalam terhadap satu-satu bidang,tidak kiralah bidang ekonomi, akan disebut ulama ekonomi, bidang falsafah akan jadi ulama falsafah. Itu adalah makna ringkas dari segi bahasa.

Tetapi mengikut Al-Quran, makna ulama adalah mereka yang melihat kekuasaan Allah di langit dan bumi dan sekitarnya, sehingga mereka merasa takut kepada Allah.

Secara teknikalnya, ulama kita dapat simpulkan

ORANG YANG MEMPUNYAI PENGETAHUAN + TAKUT AKAN KEBESARAN ALLAH= ULAMA.

Dunia pada hari ini melihat ulama sebagai orang yang mempunyai ilmu agama yang cukup tinggi, tanpa dikaitkan rasa takut kepada Allah. Kalaulah mereka yang menggelar diri mereka sebagai ulama,datang dari orang yang pakar Hadis dan Quran, berlambak profesor di Oxford dari orang Yahudi dan Kristian yang juga pakar Hadis dan Quran.

Sifat ulama jika dikaitkan dengan makna di atas adalah orang yang takutkan Allah, maka dengan sebab itu orang tersebut adalah orang yang merendah diri. 

Wahyu datang daripada Allah SWT melalui Rasul-Nya. Tugas ulama adalah pewaris yang bertanggungjawab untuk menyampaikan apa yang telah diwahyukan Allah. Jika tiada Nas? ulama dibenarkan berijtihad.

Pendapat ulama dalam berIjtihad mungkin betul, atau mungkin salah. Amru bin al-'As mendengar Nabi Muhammad SAW berdasabda:

"Apabila hakim berhukum lalu dia berijtihad, kemudia benar, baginya dua pahala. Apabila berhukum, lalu berijtihad kemudian salah, baginya satu pahala" -Sahih Bukhari hadis bernombor 7352.

ULAMA

Tidak dinafikan, ada baiknya jika ulama itu berkuasa dan mentadbir negara. Pelaksanaan nilai-nilai Islam dapat dilaksanakan. Tulisan ini lebih memikirkan kepada risiko yang dihadapi. Bahaya yang dilihat bila Ulama mentadbir akan disangka ajaran agama. Orang Awam melihat kata-kata yang diucapkan oleh ulama kebanyakan bersandarkan kepada Nas Al-Quran dan Hadis.

Kita adalah makhluk yang lemah,sama sekali terdedah kepada kesalahan, tidak terkecuali ulama. Oleh yang demikian, ulama tidak boleh mengatakan mereka yang terbaik untuk mentadbir negara, dan bukan ulama tidak sebagus mereka dalam mentadbir. Agama sebagai asas dalam melaksanakan pentadbiran dan juga instrumen pengukuh untuk pentadbiran yang sentiasa berubah dan menghadapi cabaran. Perananya bukan hanya datang dari ulama semata, semua orang perlu berkerjasama dalam melahirkan sebuah negara Islam.

Risiko lain adalah jika ulama GAGAL mentadbir. Adakah ruang ini wujud? pada satu masa dahulu, pernah orang-orang PAS sendiri memainkan isu kafir mengkafir, murtad, bughah, tidak wala' dan sebagainya. Bayangkan kita mempunyai peluang untuk menegur ulama yang mentadbir negara, saya beranggapan akan wujud penyokong yang akan mengatakan pada saya," awak tidak wala' kepada pemimpin dan ini keputusan mereka". Berani saya beranggapan sebegini kerana, memang wujud pihak ektstrem dan pro kepada ulama.

Saya bawakan satu kes Amanat Haji Hadi, 7 April 1981,  Kampung Banggol Peradong:

"Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

Maka terjadi salah faham dikalangan ahli mengenai hal ini, kerana membuat tafsiran sendiri dan kurang ilmu. Kesan-kesanya dapat kita lihat tuan-tuan:








Kesan salah faham ini menyebabkan sehingga soal asas,iaitu Ibadah juga terjejas. Jangan main-main dengan kata-kata ulama, Daulat!

Sebenarnya, Haji Hadi hanya bercakap atas angin, dan tidak memaksudkan perkara ini kepada mana-mana pihak. Tetapi sebahagian ahli PAS menjadikan ia lebih berbentuk amanat. Sikap ahli dan tokoh PAS tidak menangani isu kafir-mengkafir ini, menyebabkan ahli yang kurang ilmu bersikap ekstrem. Pernah makcik saya to-tok PAS, mengkafirkan sepupu saya yang berkerja sebagai Polis. Kalau kita telusuri salah satu tujuan PAS, ia berbunyi:

" Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya, melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan" (wikipedia.org/wiki/dasar-dasar PAS)

Dengan keadaan yang terjadi pada masa itu, sudah tentu  ia berlawanan dengan apa yang dikatakan Dakwah. Kenapa Haji Hadi berkata sedemikian rupa?

Kita perlu lihat dari segi peranan keadaan/suasana pada masa tersebut tuan-tuan.

Era 70-an dan 80-an, kebangkitan Islam di Asia Tenggara berlaku, umat Islam sedar betapa pentingnya kembali ke jalan Islam dan menghapuskan unsur-unsur penjajahan. Buku-buku tokoh Islam di Timur Tengah menjadi panduan kepada aktivist pada waktu itu. Mereka menulis dalam keadaan tekanan yang berat. Isu Takfir (mengkafirkan) juga timbul di Timur Tengah sehingga murshidul Am al-Ikhwan-Muslimin, menulis sebuah buku, "Du'aah La Qudah" (ulama bukan hakim), bagi menangani isu ini.

Tetapi kita jangan menyembunyikan keadaan pada waktu itu, UMNO pada era tersebut tidaklah seperti UMNO pada hari ini, pendekatan Islam amatlah jauh. Oleh yang demikian, Tun Mahathir sendiri membuat dasar Islamisasi di Malaysia.

Saya cuma merumuskan disini, ulama juga lemah, manusia biasa, kerana mereka juga tidaklah mempunyai capaian untuk masa hadapan, tetapi mereka mempunyai visi dan misi. Sebaiknya pada pendapat saya, biarlah Profesional yang mentadbir negara, tetapi ada majlis Ulama yang dirujuk
(Bunyi macam Iran, SAYA BUKAN SYi'AH)...Majlis Ulama kalau wujud tetapi tidak berkuasa tidak berguna juga.

Sekian.


Tuesday, 7 February 2017

PERJUANGAN AGAMA- BANGSA- TANAH AIR (ALIF-BA-TA) SATU TEORI UNTUK KEROSAKKAN AGAMA


Assalamualaikum.....

Seringkali kita mendengar, pemimpin-pemimpin melaungkan "Ini adalah perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air", terutama sekali dalam perhimpunan Agong UMNO. Sorakkan para perwakilan gamat di dalam dewan PWTC.

Sedangkan dalam masa yang sama,semua perwakilan yang datang tahu, kita sedang menempuh cabaran getir ekonomi. Krisis ini terjadi akibat kesalahan dalam mengurus dan pelbagai isu yang melanda Perdana Menteri Malaysia sekarang ini.

Disebalik keresahan ini, ada hikmah yang tersembunyi. Selama ini kita lihat kita senang, projek kroni dan insan terpilih sana sini, projek dengan harga yang tidak sepadan, program-program keraian, kursus,seminar  kepada pegawai-pegawai kerajaan di hotel-hotel dan resort-resot mahal, tetapi hari ini, segala nikmat itu Allah tarik balik. Semuanya berbelanja secara berhemah walaupun secara umumnya kita tahu, di peringkat Kerajaan Pusat yang mempunyai masalah dalam mentadbir kewangan negara.

Kenapa perlu disabitkan semua perkara di atas dengan topik perbincangan kita disini? Jawapanya ke semua di atas diuruskan oleh kebanyakkan pemimpin Melayu dan beragama Islam yang memperjuangkan Malaysia sebagai tanah air orang Melayu.

-------------Mari kita kaji bersama-------------------------------------------------

Islam adalah agama, yang di wahyukan oleh Allah S.W.T.


Melayu adalah sesuatu yang diwarisi dan bersifat genetik.

---------Mari kita lihat kajian kes-------------------------------------------------

Yahudi adalah bangsa, apakah agama Yahudi tuan-tuan? selama ini kita sering menyangka yang menyembah dinding itu adalah  agama yahudi, sebenarnya kita tersalah, Yahudi adalah bangsa.Kitab yang diturunkan kepada mereka adalah Taurat. Jadi apa agama mereka ni?

Yahudi berasal dari dari kumpulan etnokeagamaan, yang mana asalnya daripada bangsa Israel atau Ibrani dari Timur tengah Purba. Oleh yang demikian, YAHUDI ADALAH SATU BANGSA YANG TELAH DI AGAMAKAN.

Orang Yahudi merasakan bangsa mereka adalah bangsa yang mulia. Selain dari bangsa Yahudi, adalah bangsa yang hina. Oleh kerana Taurat di turunkan sebelum turunnya Al-Quran, kisah kenabian Nabi Muhammad S.A.W telah dimalapkan, malah dihilangkan dari Taurat, oleh "ulama-ulama" mereka. Mereka menolak kerana Nabi Muhammad S.A.W bukan dari kalangan Bani Israel, seperti nabi-nabi sebelum ini.

Itu kisah orang Yahudi tuan-tuan, dek kerana bangsa sanggup menukar isi kitab samawi (di wahyukan). Kerana perjuangan bangsa, demi menegakkan kesucian dan kebanggaan bangsa. Al-Quran telah menunjukkan keburukan dan bahayanya projek agama-bangsa ini. Telah berulang kali Al-Quran menyebut bahayanya bangsa Yahudi.

Sejarah juga membuktikan projek agama bangsa ini merbahaya. Pada satu masa dahulu, "White supremacist"  , yang ber-ideologikan mengagungkan kaum kulit putih telah bertindak menghalalkan darah kulit hitam. Mereka meletakkan simbol salib dalam pergerakkan mereka,supaya mereka dilihat benar dan belatar belakangkan agama.

Myanmar, merupakan salah satu contoh terkini, sami buddha mewakili agama mereka telah menjalankan dasar penghapusan etnik terhadap orang Islam Rohingya, walaupun asal pembunuhan itu bukan disebabkan oleh agama buddha. Mereka menanggap kaum Rohingnya sebagai pendatang, disamping kulit mereka berbeza. Dahsyat sungguh peranan bangsa di Myanmar ini.

Sama sekali Islam menolak projek Agama-Bangsa dan Tanah Air ini. Tetapi adakah ia kena mengena dengan Malaysia?

Saya akan menjawab di tulisan saya selepas ini.

RUU 355 menjadi polemik untuk dipolitikkan


Dalam keadaan negara menempuh pelbagai kesukaran ekonomi pada hari ini, kita rakyat Malaysia juga sering diperbodohkan dan dipermainkan. Hari ini anak muda semakin hari semakin menjauhkan diri dengan politik, menjadi 'Silent', kerana melihat telatah politikus yang membingungkan mereka.....

Sejarah dan Fakta RUU 355


Rang Undang-Undang 355 atau lebih tepat lagi akta (selepas ini disebut sebagai Akta 355), bukan perkara baharu untuk diperbincangkan.  Berikut adalah beberapa fakta mengenai RUU 355:

1) Akta ini diluluskan oleh  Parlimen Malaysia pada tahun 1965

2) Telah dipinda oleh Parlimen melalui kerajaan yang memerintah (UMNO/BN), pada tahun 1984   dan 1989. Pindaan ini digubal tanpa masalah dan campur tangan dari ahli Parlimen bukan Islam,kerana BERKAITAN DENGAN PRIHAL ORANG YANG BERAGAMA ISLAM,DAN TIADA KENA MENGENA DENGAN ORANG BUKAN ISLAM.


Keadaan kacau bilau bermula apabila ia digambarkan sebagai Hudud. Hal ini amat membinggungkan kerana ia bukan Hudud pada asasnya, ia adalah satu Akta yang berkaitan dengan menaiktaraf  undang-undang (hukuman) di Mahkamah Syariah. 


Menurut Prof Syam Rohayu Fellow Kanan & Pakar Perlembagaan & Syariah IKIM, PAS dan UMNO telah mempolitikkan keadaan kerana:



1) Kenapa Kerajaan sedia ada tidak membentangkan sendiri Penambahbaikan Akta ini? Sedangkan terdapat menteri yang berkelayakkan membentangkan perkara ini. Perkara ini menimbulkan pelbagai spekulasi, sehingga ada fikiran yang menjangkau UMNO dan PAS akan bergabung, bergabung mengenai perkara yang memperkasakan Ummah, sehingga ia akan membawa ke arah penggabungan parti-parti  ini pada Pilihanraya.

2). Mengikut konvensyen negara komanwel, sesuatu rang undang-undang perlu dibawa dan dibentangkan oleh kerajaan memerintah, bukan parti pembangkang. Persoalan ini menimbulkan satu soalan yang dalam dan akan membawa pelbagai spekulasi. Ia seolah-olah kerajaan memberi peluang dan ruang kepada pembangkang, dan ini tidak sama sekali memberi kredit kepada pihak kerajaan yang memerintah, tetapi memberi kredit kepada parti pembangkang yang berada di luar pakatan pembangkang. 


3) RUU355 bukan hukum Islam yang mengikut 100% ,Al Quran dan Sunnah. Ia hanya untuk memperluaskan kuasa hukuman. Ada dalam bab hukuman itu, bukan kesalahan syariah (contoh : mengajar tanpa tauliah, tidak mendaftar pernikahan di luar negara). Adakah masalah jika ada muslim yang tidak setuju?


4) Allahyarham Tuan Guru Nik Azik Nik Mat,  sebagai Matan MP P.Chepa pada tahun 1984 telah menolak RUU355 yang dibentangkan oleh Menteri kerajaan  pada masa, Dr Yusof Noor kerana menurut Allaryarham, Akta tersebut bukan undang-undang Islamik.


5) AKTA INI TELAH WUJUD BERPULUH TAHUN , DAN AKTA INI PERNAH DIBENTANGKAN DI PARLIMEN PADA TAHUN 1984 DAN 1985, TANPA ADA SEBARANG KEKECOHAN, MALAH IA DIBENTANGKAN OLEH TUN MAHATHIR DAN MENDAPAT SOKONGAN OLEH DR.PAIRIN KITNGAN. (wakil tunggal yang menentang hanya Allahyarham TGNA sahaja)



6) Pindaan ini telah melonjakkan Mahkamah Syari'ah 


7) Pegawai-pegawai yang berkaitan telah diberi latihan profesional. Kursus Diploma Kehakiman Syarak di UIAM dan mereka diberi Gaji yang setaraf dan selayakknya.



 PERSOALANYA APA YANG PERLU DIKECOHKAN DAN DI DEMOKAN??
Inilah yang dikatakan sebagai gimik politik semata, secara tiba-tiba PAS dan UMNO bergabung bagi menerangkan RUU 335. Himpunan ini bertujuan untuk menerangkan tentang RUU 335, sedangkan kebanyakkan dari kita telah sedia maklum mengenai hal ini.

Saya bertanya kepada rakan saya di PAS (Pemuda PAS), dengan selamba menjawab; "kami menggunakan ruang dan peluang ini bagi menarik orang UMNO untuk bersama-sama dengan PAS"

Akhir sekali, kita serahkan kepada ALLAH untuk menentukan segala kebaikan dan keburukkan, jika apa yang di perjuangkan itu berniat suci dan Ikhlas, semoga bertambah pahala kepada pejuang-pejuang tersebut..

Tetapi Jika ia kerana sesuatu yang dimanupulasi dengan menggunakan Jalan Allah..

Kita Pohon kepada Allah untuk mereka Kembali ke Jalan Lurus..



Pesanan penaja
Sebarang pindaan untuk perlembagaan Malaysia perlu kepada 2/3 majoriti sokongan dalam Dewan Rakyat, bermakna perlu 148 sokongan dari 222. Ahli Parlimen yang beragama Islam dalam Parlimen seramai 137 orang, maknanya perlu kepada sokongan bukan Islam untuk dapatka 148 sokongan..