Tuesday, 7 February 2017
PERJUANGAN AGAMA- BANGSA- TANAH AIR (ALIF-BA-TA) SATU TEORI UNTUK KEROSAKKAN AGAMA
Assalamualaikum.....
Seringkali kita mendengar, pemimpin-pemimpin melaungkan "Ini adalah perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air", terutama sekali dalam perhimpunan Agong UMNO. Sorakkan para perwakilan gamat di dalam dewan PWTC.
Sedangkan dalam masa yang sama,semua perwakilan yang datang tahu, kita sedang menempuh cabaran getir ekonomi. Krisis ini terjadi akibat kesalahan dalam mengurus dan pelbagai isu yang melanda Perdana Menteri Malaysia sekarang ini.
Disebalik keresahan ini, ada hikmah yang tersembunyi. Selama ini kita lihat kita senang, projek kroni dan insan terpilih sana sini, projek dengan harga yang tidak sepadan, program-program keraian, kursus,seminar kepada pegawai-pegawai kerajaan di hotel-hotel dan resort-resot mahal, tetapi hari ini, segala nikmat itu Allah tarik balik. Semuanya berbelanja secara berhemah walaupun secara umumnya kita tahu, di peringkat Kerajaan Pusat yang mempunyai masalah dalam mentadbir kewangan negara.
Kenapa perlu disabitkan semua perkara di atas dengan topik perbincangan kita disini? Jawapanya ke semua di atas diuruskan oleh kebanyakkan pemimpin Melayu dan beragama Islam yang memperjuangkan Malaysia sebagai tanah air orang Melayu.
-------------Mari kita kaji bersama-------------------------------------------------
Islam adalah agama, yang di wahyukan oleh Allah S.W.T.
Melayu adalah sesuatu yang diwarisi dan bersifat genetik.
---------Mari kita lihat kajian kes-------------------------------------------------
Yahudi adalah bangsa, apakah agama Yahudi tuan-tuan? selama ini kita sering menyangka yang menyembah dinding itu adalah agama yahudi, sebenarnya kita tersalah, Yahudi adalah bangsa.Kitab yang diturunkan kepada mereka adalah Taurat. Jadi apa agama mereka ni?
Yahudi berasal dari dari kumpulan etnokeagamaan, yang mana asalnya daripada bangsa Israel atau Ibrani dari Timur tengah Purba. Oleh yang demikian, YAHUDI ADALAH SATU BANGSA YANG TELAH DI AGAMAKAN.
Orang Yahudi merasakan bangsa mereka adalah bangsa yang mulia. Selain dari bangsa Yahudi, adalah bangsa yang hina. Oleh kerana Taurat di turunkan sebelum turunnya Al-Quran, kisah kenabian Nabi Muhammad S.A.W telah dimalapkan, malah dihilangkan dari Taurat, oleh "ulama-ulama" mereka. Mereka menolak kerana Nabi Muhammad S.A.W bukan dari kalangan Bani Israel, seperti nabi-nabi sebelum ini.
Itu kisah orang Yahudi tuan-tuan, dek kerana bangsa sanggup menukar isi kitab samawi (di wahyukan). Kerana perjuangan bangsa, demi menegakkan kesucian dan kebanggaan bangsa. Al-Quran telah menunjukkan keburukan dan bahayanya projek agama-bangsa ini. Telah berulang kali Al-Quran menyebut bahayanya bangsa Yahudi.
Sejarah juga membuktikan projek agama bangsa ini merbahaya. Pada satu masa dahulu, "White supremacist" , yang ber-ideologikan mengagungkan kaum kulit putih telah bertindak menghalalkan darah kulit hitam. Mereka meletakkan simbol salib dalam pergerakkan mereka,supaya mereka dilihat benar dan belatar belakangkan agama.
Myanmar, merupakan salah satu contoh terkini, sami buddha mewakili agama mereka telah menjalankan dasar penghapusan etnik terhadap orang Islam Rohingya, walaupun asal pembunuhan itu bukan disebabkan oleh agama buddha. Mereka menanggap kaum Rohingnya sebagai pendatang, disamping kulit mereka berbeza. Dahsyat sungguh peranan bangsa di Myanmar ini.
Sama sekali Islam menolak projek Agama-Bangsa dan Tanah Air ini. Tetapi adakah ia kena mengena dengan Malaysia?
Saya akan menjawab di tulisan saya selepas ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment