Tuesday, 7 February 2017
RUU 355 menjadi polemik untuk dipolitikkan
Dalam keadaan negara menempuh pelbagai kesukaran ekonomi pada hari ini, kita rakyat Malaysia juga sering diperbodohkan dan dipermainkan. Hari ini anak muda semakin hari semakin menjauhkan diri dengan politik, menjadi 'Silent', kerana melihat telatah politikus yang membingungkan mereka.....
Sejarah dan Fakta RUU 355
Rang Undang-Undang 355 atau lebih tepat lagi akta (selepas ini disebut sebagai Akta 355), bukan perkara baharu untuk diperbincangkan. Berikut adalah beberapa fakta mengenai RUU 355:
1) Akta ini diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada tahun 1965
2) Telah dipinda oleh Parlimen melalui kerajaan yang memerintah (UMNO/BN), pada tahun 1984 dan 1989. Pindaan ini digubal tanpa masalah dan campur tangan dari ahli Parlimen bukan Islam,kerana BERKAITAN DENGAN PRIHAL ORANG YANG BERAGAMA ISLAM,DAN TIADA KENA MENGENA DENGAN ORANG BUKAN ISLAM.
Keadaan kacau bilau bermula apabila ia digambarkan sebagai Hudud. Hal ini amat membinggungkan kerana ia bukan Hudud pada asasnya, ia adalah satu Akta yang berkaitan dengan menaiktaraf undang-undang (hukuman) di Mahkamah Syariah.
Menurut Prof Syam Rohayu Fellow Kanan & Pakar Perlembagaan & Syariah IKIM, PAS dan UMNO telah mempolitikkan keadaan kerana:
1) Kenapa Kerajaan sedia ada tidak membentangkan sendiri Penambahbaikan Akta ini? Sedangkan terdapat menteri yang berkelayakkan membentangkan perkara ini. Perkara ini menimbulkan pelbagai spekulasi, sehingga ada fikiran yang menjangkau UMNO dan PAS akan bergabung, bergabung mengenai perkara yang memperkasakan Ummah, sehingga ia akan membawa ke arah penggabungan parti-parti ini pada Pilihanraya.
2). Mengikut konvensyen negara komanwel, sesuatu rang undang-undang perlu dibawa dan dibentangkan oleh kerajaan memerintah, bukan parti pembangkang. Persoalan ini menimbulkan satu soalan yang dalam dan akan membawa pelbagai spekulasi. Ia seolah-olah kerajaan memberi peluang dan ruang kepada pembangkang, dan ini tidak sama sekali memberi kredit kepada pihak kerajaan yang memerintah, tetapi memberi kredit kepada parti pembangkang yang berada di luar pakatan pembangkang.
3) RUU355 bukan hukum Islam yang mengikut 100% ,Al Quran dan Sunnah. Ia hanya untuk memperluaskan kuasa hukuman. Ada dalam bab hukuman itu, bukan kesalahan syariah (contoh : mengajar tanpa tauliah, tidak mendaftar pernikahan di luar negara). Adakah masalah jika ada muslim yang tidak setuju?
4) Allahyarham Tuan Guru Nik Azik Nik Mat, sebagai Matan MP P.Chepa pada tahun 1984 telah menolak RUU355 yang dibentangkan oleh Menteri kerajaan pada masa, Dr Yusof Noor kerana menurut Allaryarham, Akta tersebut bukan undang-undang Islamik.
5) AKTA INI TELAH WUJUD BERPULUH TAHUN , DAN AKTA INI PERNAH DIBENTANGKAN DI PARLIMEN PADA TAHUN 1984 DAN 1985, TANPA ADA SEBARANG KEKECOHAN, MALAH IA DIBENTANGKAN OLEH TUN MAHATHIR DAN MENDAPAT SOKONGAN OLEH DR.PAIRIN KITNGAN. (wakil tunggal yang menentang hanya Allahyarham TGNA sahaja)
6) Pindaan ini telah melonjakkan Mahkamah Syari'ah
7) Pegawai-pegawai yang berkaitan telah diberi latihan profesional. Kursus Diploma Kehakiman Syarak di UIAM dan mereka diberi Gaji yang setaraf dan selayakknya.
PERSOALANYA APA YANG PERLU DIKECOHKAN DAN DI DEMOKAN??
Inilah yang dikatakan sebagai gimik politik semata, secara tiba-tiba PAS dan UMNO bergabung bagi menerangkan RUU 335. Himpunan ini bertujuan untuk menerangkan tentang RUU 335, sedangkan kebanyakkan dari kita telah sedia maklum mengenai hal ini.
Saya bertanya kepada rakan saya di PAS (Pemuda PAS), dengan selamba menjawab; "kami menggunakan ruang dan peluang ini bagi menarik orang UMNO untuk bersama-sama dengan PAS"
Akhir sekali, kita serahkan kepada ALLAH untuk menentukan segala kebaikan dan keburukkan, jika apa yang di perjuangkan itu berniat suci dan Ikhlas, semoga bertambah pahala kepada pejuang-pejuang tersebut..
Tetapi Jika ia kerana sesuatu yang dimanupulasi dengan menggunakan Jalan Allah..
Kita Pohon kepada Allah untuk mereka Kembali ke Jalan Lurus..
Pesanan penaja
Sebarang pindaan untuk perlembagaan Malaysia perlu kepada 2/3 majoriti sokongan dalam Dewan Rakyat, bermakna perlu 148 sokongan dari 222. Ahli Parlimen yang beragama Islam dalam Parlimen seramai 137 orang, maknanya perlu kepada sokongan bukan Islam untuk dapatka 148 sokongan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment